Tuesday, February 22, 2011

Sejarah Seorang Mualaf

ASSALAMUALAIKUM
Saya, MUHAMMAD SHAHRIN BIN MOHAMED ZAIDI ONG telah menemu bual seorang mualaf pada minggu lepas bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Ustaz Abd Aziz kepada para pelajar beliau tempoh hari. Saya telah memilih tajuk SEJARAH SEORANG MUALAF dalam meniti kehidupan beliau  demi mencari erti kehidupan hakiki.
Nama beliau selepas memeluk islam ialah Mohamed Zaidi Ong Bin Abdullah. Beliau tinggal di No 96, Jalan Mulia, Taman Mulia, 84800, Bukit Gambir, Muar, Johor. Beliau berumur 47 tahun. Beliau dilahirkan pada 25 Disember 1963. Beliau dilahirkan di Rumah Sakit Kerajaan Muar. Beliau mempunyai 7 orang adik. Nama bapa beliau ialah Ong Swee Tin dan nama ibu beliau ialah  Ng Yok Kiau @ Ng Eng Ngo. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 orang adik – beradik. Beliau berbangsa Chinese Khgk. Dikalangan ahli keluarga, Di seorang sahaja yang memeluk agama islam. Beliau mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 di sekolah kebangsaan melayu. Beliau bekerja sebagai Pengurus syarikat Leong Hup di Sagil. Syarikat ini merupakan syarikat penternakan ayam di Malaysia. Syarikat ini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan telah membuka cawangan baru di Vietnam. Cawangan tersebut baru beroperasi selama 3 tahun. Beliau telah berkhidmat di Malaysia selama ­­­25 tahun dan pernah berkhidmat di Vietnam selama 2 tahun 4 bulan. Beliau merupakan seorang suami kepada seorang muslimah bernama Hasbiah Binti Siron selepas memeluk agama islam. Hasil daripada perkahwinan beliau, beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata. Keempat – empat mereka ialah lelaki. Anak – anak beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA. Anak sulung beliau telah menamatkan pengajian dan telah bekerja di syarikat perindustrian di Muar. Anak kedua beliau telah melanjutkan pengajian di UiTM di Segamat. Anak ketiga beliau pula telah  melanjutkan pengajian di UiTM di Perlis manakala anak bongsu beliau baru sahaja melanjutkan pengajian di Politeknik Shah Alam.
En Mohamed Zaidi Ong atau lebih dikenali sebagai DI tinggal di 207, Jalan Ismail, Muar bersama ahli keluarga beliau sebelum memeluk agama islam. Sebelum memeluk agama islam, beliau dikenali dengan nama ONG CHIN HUA. Beliau mempunyai ramai kenalan tidak kira beragama cina mahupun beragama islam. Beliau seorang yang mudah berkawan, tidak kira cina, melayu dan india. Beliau mula tertarik dengan adat resam masyarakat melayu atau dengan panggilan lain, iaitu msyarakat islam pada umur beliau 13 tahun. Beliau sering bertanyakan soalan berkaitan adat resam masyarakt islam kepada rakan – rakan kerana setiap perbuatan dalam islam mempunyai faedah atau kebaikan tersendiri. Contohnya seperti adat sebelum makan, ketika makan, dan selepas makan. Setiap adat tersebut mempunyai kebaikan tersendiri. Pergaulan dalam islam pula, wanita islam akan bertutur kata secara sopan santun, malah lemah lembut. Di amat tertarik dengan wanita beragama islam kerana sifat lemah lembut serta sopan santunnya, menyejukkan mata yang memandang. Dalam adat islam juga, haruslah menghormati kedua ibubapa dan orang yang lebih tua kerana mereka yang telah menjaga kita sewaktu kita kecil sehingga kita besar. Jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa kerana ibubapa telah banyak berjasa dengan kita. Ibubapa yang bersusah payah menjaga dan mendidik kita. Perkara ini yang menarik lagi minat Di untuk mengenali agama islam. Sewaktu umur mencecah 15 tahun, beliau terdengar bacaan Al – quran di surau ketika beliau dalam perjalanan ke kedai makan yang berhampiran dengan surau. Beliau terdiam sebentar dan mendengarnya sehingga habis bacaan tersebut. Pada saat itu, beliau terpikat dengan islam dan ingin mengenali agama islam dengan lebih terperinci. Beliau meminta bantuan dengan ustaz di sekolah beliau. Dengan bantuan ustaz , beliau mempelajari satu persatu perkara berkaitan islam. Beliau juga memahami sesuatu bahawa setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh seseorang, akan mendapat balasan atau ganjaran yang setimpalnya. Begitu juga dengan perbuatan jahat. Bagi setiap perbuatan jahat yang dilakukan, akan mendapat balasan yang setimpal bagi setiap perbuatannya. Semasa tingkatan 4, beliau selalu berjumpa dengan ustaz untuk mengenali agama islam. Tidak lupa juga, rakan – rakan turut membantu beliau dalam hal – hal berkaitan agama. Rakan – rakan terharu melihat kesungguhan beliau dalam mempelajari agama islam dan membantunya sebanyak mana yang boleh. Beliau meneruskan pembelajaran dalam mengenali agama islam sehingga tamat persekolahan. Kemudiannya, beliau bekerja sebagai pembantu di sebuah premis perniagaan yang berhampiran dengan sebuah sekolah di Pekan Semerah, Parit Sulung. Dalam masa yang sama juga, beliau tidak terputus hubungan dengan rakan – rakan dan ustaz. Pada siang hari, Di bekerja dan pada sebelah malam, beliau akan menelefon atau berjumpa dengan rakan – rakan di suatu tempat bagi mempelajari agama islam.  Beberapa tahun kemudian, beliau mengenali seorang wanita berumur 16 tahun, bernama HASBIAH BTE SIRON atau lebih dikenali sebagai As. As ialah seorang wanita beragama islam dan tinggal di Ulu Semerah, Parit Sulung bersama ahli keluarga. Beliau merupakan anak ke – 5 daripada 13 orang adik – beradik. Beliau menamatkan pembelajaran sehingga tingkatan 5 dan diambil bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perindustrian. Dalam mengenali agama islam, Di mula berkawan dengan As dan menjadikan As sebagai tempat rujukan beliau yang paling dekat dalam mendalami cara kehidupan agama islam.
2 tahun kemudian, Di tertarik dengan sifat dan tutur kata As dalam mengajar beliau tentang agama islam dan ingin menjadikan As sebagai isteri supaya dapat membimbing beliau selepas memeluk agama islam. Ada pada satu hari, Di dijemput datang ke rumah oleh ibubapa As supaya beliau lebih memahami cara kehidupan orang islam. Hal ini telah diceritakan oleh As kepada ibubapanya dan ahli keluarga yang lain bagi tujuan membantu beliau mempelajari kehidupan dan budaya islam. Pada saat itu, beliau kerap kali ke rumah As dan hubungan Di bersama ahli keluarga As bertambah akrap. Boleh dikatakan hampir setiap hari beliau mengunjungi rumah As. Pernah pada suatu hari, anak sulung dalam keluarga As mengajak beliau untuk berjumpa dengan imam masjid bagi mengajukan soalan berkaitan agama kerana imam merupakan seorang yang pakar dalam ilmu agama islam. Beliau bersetuju dan menetapkan tarikh pertemuaan beliau bersama dengan imam tersebut. Mulai pada hari itu, beliau turut menyertai forum – forum yang membincangkan hal berkaitan agama. Niat beliau untuk memeluk islam menjadi lebih kuat. Pada suatu malam yang tenang, beliau mendapat mimpi yang ganjil dimana mimpi tersebut mengisahkan beliau berjumpa dengan seorang lelaki tua yang berpakaian serba putih. Lelaki tua tersebut menghadiahkan senaskah Al – Quran kepadanya. Beliau terjaga daripada tidur dan memikirkan apakah maksud mimpi tersebut kerana ini kali pertama beliau mendapat mimpi seperti itu. Mungkin mimpi tersebut ialah sesuatu yang baik untuk diri beliau. Beliau bercadang untuk mendapatkan pandangan daripada ustaz pada keesokkan harinya. Seperti yang disangkakan, mimpi tersebut membawa maksud yang baik bagi diri beliau. Dari saat itulah beliau bersedia untuk memeluk agama islam. Pada tahun 1983, beliau memeluk agama islam dengan sokongan dan bantuan daripada ustaz pada umur beliau 20 tahun. Ketika itu, Di tidak keseorangan kerana ramai yang bakal menjadi mualaf. Di tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan tersebut dengan berkenalan dengan bakal mualaf di sana. Hari tersebut merupakan hari yang paling indah dalam hidup beliau. Di akan mengingati  hari ini sebagai hari yang tidak boleh dilupakan. Kemasukan beliau disaksikan oleh 2 orang sahabatnya. Selepas memeluk islam, ustaz dan ahli keluarga As lebih giat membantu Di untuk mendalami agama islam. As juga turut memberi tunjuk ajar kepada beliau. Beliau juga kerap menghadiri kuliah agama dan pusat dakwah bersama rakan – rakan mualaf yang lain. Di juga mencari buku – buku berkaitan agama di kedai buku untuk dibaca pada masa lapang bagi menambahkan ilmu beliau dalam agama islam. Tidak kira pada waktu kerja, jika terdapat masa yang singkat, beliau akan mengisi masa tersebut dengan membaca buku – buku keagamaan.
Seperti yang diceritakan, ia merupakan perkara yang paling buruk dalam hidup beliau. 4 bulan selepas memeluk agama islam, beliau bercadang menceritakan kepada ibubapa bahawa beliau telah memeluk agama islam. Rakan – rakan yang lain termasuk As menyokong tindakan beliau dan bersama mendoakan kejayaannya. Beliau tidak mempunyai keberanian untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada ibubapanya. Setiap hari, beliau berdoa pada Yang Maha Esa supaya dilembutkan hati ahli keluarganya terutama sekali ibubapa beliau selepas diceritakan tentang hal sebegini. Keesokkan harinya, beliau menceritakan kepada ibubapanya. Mereka  terperanjat dan suasana terdiam sebentar. Selepas 10 minit berlalu, ibubapa beliau bersuara. Beliau dimarahi dan ditanyakan sebabnya kenapa beliau memeluk agama islam. Di menjawabnya, tetapi jawapan beliau seakan tidak diambil peduli oleh ibubapanya dan ditentang sehabisnya mengenai penganutan beliau dalam agama islam. Tanpa berlengah, beliau dihalau keluar daripada rumah pada hari tersebut. Perasaan marah kedua ibubapanya tidak boleh digambarkan sehinggakan beliau dihalau keluar daripada rumah. Yang amat memilukan hati Di apabila ibubapa beliau melemparkan kata – kata “engkau bukannya anak aku” sebelum beliau dihalau keluar. Betapa sukar untuk diungkapkan perasaan beliau pada hari kejadian itu berlaku apabila dikatakan sebegitu. Pada malam harinya, beliau berjumpa dengan rakan - rakannya termasuk As kerana telah merancang daripada awal.  As kemudiannya menanyakan beliau tentang penerimaan ibubapa beliau terhadap penganutannya. Di menceritakan dari awal sehingga beliau di halau keluar daripada rumah. Salah seorang rakannya menumpangkan beliau di rumahnya sehingga hal diantara Di dengan ibubapanya selesai. Pada keesokkan harinya, beliau menceritakan kepada ustaz tentang penentangan ibubapa beliau terhadap pemelukkan agama islam. Ustaz menasihati Di supaya bersabar dengan penentangan tersebut kerana ini semua dugaan yang diberikan oleh Nya bagi menguji kesabaran umat - umat Nya. Ustaz juga menasihati supaya terus berdoa dan mengunjungi ibubapa beliau bagi melembutkan hati mereka untuk menerima Di seadanya. Pada malam harinya, beliau menerima berpuluh panggilan daripada adik – beradik dan rakan yang lain. Segolongan mereka menyokong tindakan beliau dan ada juga segolongan mereka membantah tindakan beliau terutamanya sekali adik – beradiknya. Beliau mengambil masa yang panjang untuk menjelaskan sepenuhnya kepada ahli keluarga. Tetapi mereka mengendahkannya termasuk dengan ibubapanya. Pernah suatu hari, ibubapa beliau berjumpa dengan seorang sami bagi mencari penawar kerana dikatakan beliau telah dipukau oleh seorang perempuan beragama islam yang bernama As. Hal ini diperolehi daripada rakan Di yang mengenali As. Pernah juga ibubapa beliau menyerang dan memberi amaran kepada As supaya jangan mengganggu dan mengajar Di benda yang menyesatkan. Di berusaha keras memujuk ibubapa dan ahli keluarga yang lain tentang sebab sebenar beliau memeluk agama islam. Pemelukkan beliau tiada kaitan dengan As. Pelbagai usaha dan cara yang telah dilakukan bagi melembutkan hati ahli keluarga beliau. Penentangan ini berlarutan selama 2 tahun dan akhirnya ahli keluarganya menerima dengan hati yang terbuka bahawa anak sulung mereka telah memeluk agama islam. Kemungkinan itu merupakan keputusan yang baik untuk diri Di. Asalkan Di tidak lupa akan jasa ibubapa yang melahirkan dan membesarkannya. Ibubapa beliau memohon maaf  dengan As dan ahli keluarganya atas segala kelakuan mereka terhadap diri As. Selepas kejadian tersebut, hubungan Di bersama ibubapa dan adik – beradik beliau yang lain kembali erat seperti dahulu. Begitu juga hubungan ahli keluarga Di bersama As sekeluarga. Ibubapa Di menerima baik kehadiran As dalam keluarga mereka. Sebulan kemudian, beliau telah menikahi As dan ahli keluarga Di menerima kedatangan As sebagai ahli baru dalam keluarga mereka. Begitu juga dengan ahli keluarga As, menerima dengan hati yang terbuka dan merestui hubungan diantara Di dan As.

Kini kehidupan Di menjadi lebih tenang dengan mengenali dan mendalami agama islam. Beliau telah memegang jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat dan melaksanakan tugas  di samping menjalankan tanggungjawab beliau sebagai suami dan ayah kepada isteri dan anak – anaknya dalam kehidupan sehariannya. Hubungan Di bersama ahli keluarganya dan ahli keluarga As semakin erat walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugasan di tempat kerja mahupun di rumah. Tetapi kini beliau lebih gembira dengan kehidupannya di samping keluarga tersayang.

Oleh itu, disini kita boleh menjadikan kisah cerita beliau sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat dimana beliau tidak pernah berputus asa untuk mencapai sesuatu  dalam hidup yang lebih sempurna. Sesungguhnya agama islam itu membawa ke arah kejayaan dan ketenangan.